atiey_eusoff

Berminat Klik ajaa...

"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim, dari Abu Hurairah, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At Tahrim: 6 )., Dan orang-orang yang berkata : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." ( QS. Al-Furqan : 74 ) ...Bacalah

Sunday, September 4, 2011

Pertemuan selepas 25 Tahun terpisah Di Pagi Raya

Tahun nie merupakan tahun pertama aku beraya dengan keluarga husband aku di Alor Setar...Nak di pendekkan cerita, family sebelah abah suami aku nie datang dari Kuala Lumpur setelah 25 tahun terpisah...Mereka dari keturunan Nik, di mana atuk suami aku sebelah abah dia nie orang Narathiwat. Yang datang pagi raya tu, sepupu suami aku dengan keluarga mereka.. Mereka nie dalam pencarian keturunan mereka termasuk keluarga sebelah suami aku...atuk sebelah abah suami aku ni dulu-dulu kawen ramai..tak silap di Tumpat Kelantan ramai sedara mereka, tapi orang yang banyak tahu mengenai adik beradik mereka sudah meninggal dunia tahun lepas..Prof Nik Rakib juga keturunan mereka yang mungkin akan membantu mereka





Read more...

Friday, August 26, 2011

Pecah 3 Rumah 1 Malam

KAJANG: Kekerapan kejadian pecah rumah di Kampung Sungai Tangkas, di sini, sejak beberapa minggu lalu menimbulkan kebimbangan penduduk.

Tinjauan Metroplus mendapati, hampir setiap pelosok kampung digantung kain rentang memaparkan amaran kepada penduduk mengenai supaya berwaspada dengan kejadian pecah masuk yang makin berleluasa . Warga emas yang mahu dikenali sebagai Mariam, 65, mendakwa kejadian kes pecah rumah berlaku sejak sebelum Ramadan itu menyaksikan tiga kediaman menjadi sasaran dalam satu malam.


“Kejadian biasanya berlaku jam tiga pagi, namun, sejak akhir-akhir ini kejadian dilihat berkurangan,” katanya ketika ditemui Metroplus, semalam.


Menurut Mariam, dia difahamkan, tiga kali suspek kes itu ditangkap yang membabitkan penduduk kampung dan orang luar, tetapi dilepaskan atas alasan tiada bukti.


Penduduk yang mahu dikenali Jaja, 33, mendakwa kejadian pecah rumah itu menyukarkan penduduk meninggalkan kediaman terutama sepanjang Aidilfitri. “Kami gantung banting untuk mengingatkan penduduk supaya menjaga keselamatan mereka.



“Kehadiran polis peronda, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sendiri membuatkan kami berasa selamat,” katanya.




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab menasihatkan penduduk di kampung berkenaan memaklumkan balai polis berhampiran jika ingin meninggalkan rumah bagi membolehkan polis melakukan pemantauan.


“Kain rentang tertera nombor telefon bimbit ketua setiap balai polis digantung di balai polis di daerah ini bagi membolehkan penduduk menghubungi anggota terbabit jika memerlukan sebarang bantuan,” katanya

Sumber :- Harian Metro

Kejadian ni sama dengan apa yang pernah berlaku semasa aku menyewa Flat semasa bekerja di Pulau Pinang.Masa tu aku menyewa dengan kakak ipar aku awal tahun 2008. Masih segar dalam ingatan aku 2hb Januari 2008. 

Malam sebelum tu aku dengan kakak aku baru balik dari mengambil barang dari rumah lama. Malam tu kami bergurau baru balik dari rompakan kerana 1 guni barang...tak sayang mulut sungguh!!! Malam tu gak kakak aku lupa nak ambil beg galas yang diletakkan di atas kerusi depan. aku ingat kakak aku akan ambil nanti. Selepas ja ambil air sembahyang aku masuk bilik..

Malam tu aku pasang Bacaan Yasin kat Handphone sampai la pagi... Bangun ja pagi, aku bersiap nak pergi kerja.Baru ja aku sampai office kakak aku call tanya beg galas dia ada nampak x??? yang aku tau malam tu ada kat atas kerusi.... sekejap ja kakak aku bagi tau umah kena masuk!!!dia pergi check kat belakang, grill da terbuka...siap ada tapak tangan lagiiii.......

aku ngan kakak aku terus buat report.terkejut aku rupanya pagi tu dalam kul 6 pencuri pecah rumah sampai 4 buah rumah...rumah flat plak tuuuu..ada yang kena pukau...nasib baik kami tak di apa2 kan...Polis pun ilang akal ada flat yang sampai 24 tingkat dia orang boleh naik...


Read more...

Warga asing kacau wanita dalam rumah

KUALA LUMPUR: Tidak peduli dengan keselamatan penduduk sekitar, sikap warga asing yang menetap di Flat Danau Kota di sini, keterlaluan apabila ada segelintir mereka mengganggu wanita yang menetap di situ.

Tidak kira isteri, tunang atau anak dara orang, masing-masing ligat mengganggu sehingga penduduk merasa tidak selamat walaupun di dalam rumah.
Lebih teruk, pakaian wanita yang dijemur di beranda rumah juga kerap hilang dipercayai dicuri mereka.

Tinjauan mendapati kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penduduk kerana masing-masing terlalu bebas sehingga berani melakukan apa saja tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Penduduk, Rasdan Roslan, 17, berkata setiap hari dia perlu berdepan sikap biadab warga asing yang pelbagai kerenah termasuk ketika hendak menaiki lif masing-masing berebut tanpa mempedulikan orang lain.

“Mereka terlalu bebas di sini sehingga berani melawan dan mencari masalah dengan penduduk tempatan seolah-olah masing-masing ‘diberi perlindungan’.

“Bukan sekali, malah kerap kali. Saya pernah melihat seorang daripada mereka cuba hendak mencabul penduduk wanita di sini yang ketika itu melalui jalan gelap di belakang flat. Saya menjerit minta pertolongan dan warga asing terbabit bebas terlepas begitu saja,” katanya.

Sumber :- Harian Metro


Read more...

ATM out service!!!

Waaaa geramnyaaa bila pergi kat ATM out of service!!! pastu duit pulak kena telan kat ATM...bengang sungguh!!! Nasib baik laaa aku call centre...walaupun telan sikit tetap duit gakkk...semalam bukan main ramai lagi orang kat ATM...yang aku geramnya pakcik sorang nie nak mengajar aku pulak...dia tekan asik xkeluar ja duit...upenya duit ATM xda duit...Turn aku pulak...dia boleh tunggu belakang aku..dah la orang ramai!!masa ATM tu duk ngah process, dia cakap tekan la CANCEL...HAHAHAA...


Aku uat bodo ja lahhh...

Bulan Puasa...


Read more...

Saturday, May 28, 2011

Sepetang di Jeti Anjung Batu, Umbai Melaka











Read more...

Tsunami Jepun 2011 & Tsunami Acheh 2004

Kesan Tsunami telah banyak memberikan kesan yang mendalam dari segi mental di kalangan keluarga mereka yang terlibat. Tsunami telah banyak mengorbankan manusia dalam sekelip mata. Kehadirannya sekelip mata megubah kehidupan manusia... 

Tsunami di Indonesia pada 2004 juga telah banyak mengorbankan manusia dalam sekelip. Tsunami di Indonesia telah merebak ke Malaysia iaitu di Langkawi, Kuala Muda dan Pulau Pinang terkena tempias Tsunami di Japan. 

TSUNAMI JEPUN 2011



Picture of a boat resting on a building after the Japan tsunami





Picture of a rescue worker walking across the mud in a village leveled by a tsunami in Japan.

TSUNAMI ACHEH 2004





Seorang Perempuan Menangis disamping Masjid Agung Aceh








Read more...

Jom Baca Entri lain...

div style='height: 150px; overflow: auto; width: 220px; border-radius:20px;'>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...