"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim, dari Abu Hurairah, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At Tahrim: 6 )., Dan orang-orang yang berkata : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." ( QS. Al-Furqan : 74 ) ...Bacalah

Friday, August 26, 2011

Pecah 3 Rumah 1 Malam

KAJANG: Kekerapan kejadian pecah rumah di Kampung Sungai Tangkas, di sini, sejak beberapa minggu lalu menimbulkan kebimbangan penduduk.

Tinjauan Metroplus mendapati, hampir setiap pelosok kampung digantung kain rentang memaparkan amaran kepada penduduk mengenai supaya berwaspada dengan kejadian pecah masuk yang makin berleluasa . Warga emas yang mahu dikenali sebagai Mariam, 65, mendakwa kejadian kes pecah rumah berlaku sejak sebelum Ramadan itu menyaksikan tiga kediaman menjadi sasaran dalam satu malam.


“Kejadian biasanya berlaku jam tiga pagi, namun, sejak akhir-akhir ini kejadian dilihat berkurangan,” katanya ketika ditemui Metroplus, semalam.


Menurut Mariam, dia difahamkan, tiga kali suspek kes itu ditangkap yang membabitkan penduduk kampung dan orang luar, tetapi dilepaskan atas alasan tiada bukti.


Penduduk yang mahu dikenali Jaja, 33, mendakwa kejadian pecah rumah itu menyukarkan penduduk meninggalkan kediaman terutama sepanjang Aidilfitri. “Kami gantung banting untuk mengingatkan penduduk supaya menjaga keselamatan mereka.



“Kehadiran polis peronda, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sendiri membuatkan kami berasa selamat,” katanya.




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab menasihatkan penduduk di kampung berkenaan memaklumkan balai polis berhampiran jika ingin meninggalkan rumah bagi membolehkan polis melakukan pemantauan.


“Kain rentang tertera nombor telefon bimbit ketua setiap balai polis digantung di balai polis di daerah ini bagi membolehkan penduduk menghubungi anggota terbabit jika memerlukan sebarang bantuan,” katanya

Sumber :- Harian Metro

Kejadian ni sama dengan apa yang pernah berlaku semasa aku menyewa Flat semasa bekerja di Pulau Pinang.Masa tu aku menyewa dengan kakak ipar aku awal tahun 2008. Masih segar dalam ingatan aku 2hb Januari 2008. 

Malam sebelum tu aku dengan kakak aku baru balik dari mengambil barang dari rumah lama. Malam tu kami bergurau baru balik dari rompakan kerana 1 guni barang...tak sayang mulut sungguh!!! Malam tu gak kakak aku lupa nak ambil beg galas yang diletakkan di atas kerusi depan. aku ingat kakak aku akan ambil nanti. Selepas ja ambil air sembahyang aku masuk bilik..

Malam tu aku pasang Bacaan Yasin kat Handphone sampai la pagi... Bangun ja pagi, aku bersiap nak pergi kerja.Baru ja aku sampai office kakak aku call tanya beg galas dia ada nampak x??? yang aku tau malam tu ada kat atas kerusi.... sekejap ja kakak aku bagi tau umah kena masuk!!!dia pergi check kat belakang, grill da terbuka...siap ada tapak tangan lagiiii.......

aku ngan kakak aku terus buat report.terkejut aku rupanya pagi tu dalam kul 6 pencuri pecah rumah sampai 4 buah rumah...rumah flat plak tuuuu..ada yang kena pukau...nasib baik kami tak di apa2 kan...Polis pun ilang akal ada flat yang sampai 24 tingkat dia orang boleh naik...

0 comments:

Post a Comment

Jom Baca Entri lain...

div style='height: 150px; overflow: auto; width: 220px; border-radius:20px;'>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...