"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim, dari Abu Hurairah, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At Tahrim: 6 )., Dan orang-orang yang berkata : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." ( QS. Al-Furqan : 74 ) ...Bacalah

Friday, May 6, 2011

Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang

Menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Read more...

Pabila Masuk Waktu Maghrib

Kata orang-orang tua-tua, "Naaak! dah-dah main tu, maghrib dah dekat ni". Si anak pun cepat-cepat lari-lari anak masuk ke dalam rumah, mencari-cari tuala. "Maaak...! tuala adik mane?". Lepas itu si anak pun mandi-mandi sepuasnya.

Bila dah siap mandi, mak pun berkata,"waktu mahgrib tak boleh tengok TV tak baik". Si anak pun akur. Selepas itu azan pun berbunyi, si ayah pun mengajak,"Jom pergi surau semayang maghrib". Si anak pun ikut serta berboncing basikal denga ayah.

Bila pulang dari solat di surau, mak pun cakap "jom mengaji dengan ayah". Si anak pun mengambil al-Qur'an dan belajarlah si anak mengaji dengan si ayah. Bila mak memandang anaknya,hatinya sayu dan berharapan, mak berharapan anaknya akan menjadi orang yang berguna kelak.

Si anak membesar dan membesar sehingga mendapat tawaran ke Universiti. Pertama kali masuk ke Universiti, bila tibanya waktu maghrib,cepat-cepat si anak ini akan bersiap-siap ke surau. Tetapi pada suatu hari si anak keluar berjalan-jalan ke bandar bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Pada waktu maghrib menunggu bas,dalam hati mula berkecamuk antara nak tunggu bas atau pergi sembahyang maghrib. "Kan aku pergi semayang kan,tertinggal bas kan,marah kawan aku nanti,". Si anak mula terpengaruh dengan kawan-kawannya,dia tidak cuba mengajak sahabat pergi solat tetapi dia pula ikut pengaruh sahabat mendahulukan kepentingan dunia.

Akhirnya tertinggallah solat di situ. Pada mulanya kelihatan tinggal sebab terpaksa,tetapi lama kelamaan semakin sengaja. Selepas selesai bermain bola pada waktu petang, tidak pula bersiap-siap untuk solat maghrib tetapi berbual-bual kosong dengan rakan-rakan di kala waktu maghrib. Langsung tidak menghormati waktu maghrib bahkan sudah mula tidak hiraukan waktu solat lagi.

Seterusnya mula menular kepada solat-solat yang lain, dimanakah isyak, subuh, zuhur, asar dan maghrib? Kadang-kadang solat kadang-kadang tidak. Begitulah si anak kampung bila ke tempat orang. Alangkah sedih hati Mak dan Ayah jika melihat didikannya jadi begini. Mungkin ada yang sedih lagi jikalau anaknya tidak solat walaupun berjaya dalam akademiknya. Tetapi berapa ramaikah ibu bapa yang sedih bila anaknya tidak solat lagi, sedihkah bila anak meninggalkan al-Qur'an. Sedihnya


Read more...

Monday, May 2, 2011

Donut Ibu Kesayangan ku..


Zaman kanak-kanak sangat menyeronokkan buat semua orang. Kalau ada mesin masa, nak putarkan balik ja masa tu pergi zaman aku budak-budak hingusan...Waktu tu memang seronok la tak tau apa, cuma pandai pergi sekolah jaaa...

Masa aku ngan adik aku di sekolah rendah kami tinggal di kampung yang rata-ratanya mak sedara sebelah Ibu kami. ramai lah kawan-kawan kat sana. Nama kampung tu kampung Pendek. Abah aku pulak keje sebagai Askat kat bukit cina...Ibu aku pulak suri rumah sepenuh masa dan mengambil upah menjahit baju. Rumah yang kami tinggal tu rumah sewa.

Kat kampung Pendek nie, terkenal dengan kuih Donut Che Muji... HaHaHaHa.. Itu lah Ibu kami..Orang kampung Pendek memang suka sangat-sangat dengan Donut yang Ibu kami buat. Tiap-tiap pagi lah Ibu kami akan pergi hanta ke kedai sebelah rumah saja.. memang habis laa tiap-tipa hari..

Waktu petang pulak, Ibu kami buat jugak Donut untuk dijual. Apa lagi Adik aku si Mat la yang pergi jual tiap-tiap rumah, Donut. Donut, Donut. Mesti habis punya. Dulu harga Donut tak silap RM 0.20 sebiji. Ramai yang suka Donut Ibu kami buat. Sepupu aku pun tak lepas-lepas lagi belajar buat Donut, nak suh jadi macam Ibu kami buat..huhuhu

Sampai sekarang Donut jadi kesukaan kami. kalau Ibu kami buat, 1 orang boleh habiskan 5 Donut...memang sedap..Sekarang kita orang sudah pindah kat kampung lain. tak lah jauh sangat pun ngan kampung dulu.. Kat kampung sekarang mula-mula sampai Ibu kami buat jugak la, tapi sekejap ja, bab susah dengan transport. kedai yang pergi letak Donut dulu duk mintak la nak suh jual...

Yang paling syoknya Ibu aku buat masa aku ngan suami aku balik kampung. Dia kata memang sedap. Tup-tup sekarang duk perli aku bila nak buat Donut..hehehe.. 

Donut Ma memang da Best.
nyum,nyum,nyumm




Read more...

Simpan jari dikerat

TERLANTAR...Muthukrishnan kini dirawat di Hospital Selayang.
KUALA LUMPUR: Sebahagian telinga kirinya dipotong, begitu juga ibu jari tangan kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya turut ditetak hingga hampir putus.

Itu penderitaan yang dilalui seorang peniaga akibat kekejaman ceti haram atau along menyebabkan dia terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad biasa, kelmarin.

A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu.

Serangan ke atasnya disebabkan dia dikatakan gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah pun membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu.

Dalam kejadian serangan itu, mangsa yang menaiki motosikal untuk memulakan perniagaannya dihalang sebuah kereta tidak diketahui jenisnya

Sumber Dari:- Harian Metro


Read more...

Sebelum Tibanya Digital..hahahahha



Lama aku tak selongakar barang-barang kat umah aku. aku nie suka selongkar barang lama. mana la tau ada kenangan ker yang terbiar..hikhikk.jumpa gak akhirnyaa..Buruknyerr kamera nie.. kalau korang nak tau ni lah kamera aku, masa zaman sekolah ngan masa kat Universiti dulu.. Dulu mana ada lagi Digital kamera. semua duk pakai yang nie jaaa sampai kecik anak mata tuuu..huhuhu...

Yang warna cokour hitam aku beli masa kat sekolah dulu. Masa sekolah pun nak bergaya gak kan..aku ni suka ambil gambar dari dulu lagi. Kamera yang warna hijau tu aku beli masa kat Universiti dulu. Yang kelakarnya, kawan aku Nita, budak  Sarawak beli gak la kamera sama macam aku, dan kedai pun sama gak, tak silap dia pakai tak sampai sebulan dah rosak. pergi balik kat kedai tu da tutup..Kesian Nita.. Kamera aku nie boleh guna sampai sekarang. Yang lama kita simpan buat yaaa...


Read more...

Pemandangan Symphony Park waktu Pagi








Symphony Park

Ni Apartment yang aku stay masa mula-mula sampai Penang. Picture aku ambil nie dalam pukul 7 pagi. masa nie aku baru ja balik dari keje kat kilang Bosch..


Read more...

Sunday, May 1, 2011

Kemalangan di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka


ANGGOTA bomba dari Balai Bomba Masjid Tanah dibantu orang awam bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan kereta dalam kemalangan di Kampung Permatang Darat, Kuala Sungai Baru dekat Masjid Tanah. 


Foto: Ariffin Salleh (29/04/2011)


Sumber Dari :- Harian Metro


Read more...

Jom Baca Entri lain...

div style='height: 150px; overflow: auto; width: 220px; border-radius:20px;'>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...