"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim, dari Abu Hurairah, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At Tahrim: 6 )., Dan orang-orang yang berkata : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." ( QS. Al-Furqan : 74 ) ...Bacalah

Friday, May 6, 2011

Pabila Masuk Waktu Maghrib

Kata orang-orang tua-tua, "Naaak! dah-dah main tu, maghrib dah dekat ni". Si anak pun cepat-cepat lari-lari anak masuk ke dalam rumah, mencari-cari tuala. "Maaak...! tuala adik mane?". Lepas itu si anak pun mandi-mandi sepuasnya.

Bila dah siap mandi, mak pun berkata,"waktu mahgrib tak boleh tengok TV tak baik". Si anak pun akur. Selepas itu azan pun berbunyi, si ayah pun mengajak,"Jom pergi surau semayang maghrib". Si anak pun ikut serta berboncing basikal denga ayah.

Bila pulang dari solat di surau, mak pun cakap "jom mengaji dengan ayah". Si anak pun mengambil al-Qur'an dan belajarlah si anak mengaji dengan si ayah. Bila mak memandang anaknya,hatinya sayu dan berharapan, mak berharapan anaknya akan menjadi orang yang berguna kelak.

Si anak membesar dan membesar sehingga mendapat tawaran ke Universiti. Pertama kali masuk ke Universiti, bila tibanya waktu maghrib,cepat-cepat si anak ini akan bersiap-siap ke surau. Tetapi pada suatu hari si anak keluar berjalan-jalan ke bandar bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Pada waktu maghrib menunggu bas,dalam hati mula berkecamuk antara nak tunggu bas atau pergi sembahyang maghrib. "Kan aku pergi semayang kan,tertinggal bas kan,marah kawan aku nanti,". Si anak mula terpengaruh dengan kawan-kawannya,dia tidak cuba mengajak sahabat pergi solat tetapi dia pula ikut pengaruh sahabat mendahulukan kepentingan dunia.

Akhirnya tertinggallah solat di situ. Pada mulanya kelihatan tinggal sebab terpaksa,tetapi lama kelamaan semakin sengaja. Selepas selesai bermain bola pada waktu petang, tidak pula bersiap-siap untuk solat maghrib tetapi berbual-bual kosong dengan rakan-rakan di kala waktu maghrib. Langsung tidak menghormati waktu maghrib bahkan sudah mula tidak hiraukan waktu solat lagi.

Seterusnya mula menular kepada solat-solat yang lain, dimanakah isyak, subuh, zuhur, asar dan maghrib? Kadang-kadang solat kadang-kadang tidak. Begitulah si anak kampung bila ke tempat orang. Alangkah sedih hati Mak dan Ayah jika melihat didikannya jadi begini. Mungkin ada yang sedih lagi jikalau anaknya tidak solat walaupun berjaya dalam akademiknya. Tetapi berapa ramaikah ibu bapa yang sedih bila anaknya tidak solat lagi, sedihkah bila anak meninggalkan al-Qur'an. Sedihnya

0 comments:

Post a Comment

Jom Baca Entri lain...

div style='height: 150px; overflow: auto; width: 220px; border-radius:20px;'>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...