"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim, dari Abu Hurairah, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At Tahrim: 6 )., Dan orang-orang yang berkata : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." ( QS. Al-Furqan : 74 ) ...Bacalah

Saturday, April 23, 2011

Pengenalan kepada komputer

SETIAP orang kini memperkatakan mengenai kepentingan komputer. Semakin ramai juga daripada kita yang menggunakannya dalam kehidupan harian termasuk untuk belajar, bekerja atau bermain. Kebanyakan daripada para pelajar dan pekerja sekarang sudah tentu biasa menggunakan komputer sama ada di rumah, makmal komputer atau pejabat.

Menggunakan komputer memang menyeronokkan kerana kita boleh melakukan pelbagai kerja seperti menaip dokumen, mengira, melukis, bermain permainan dan sebagainya dengan hanya menggunakan papan kekunci dan tetikus tersebut.

Komputer sebenarnya merupakan sebuah mesin elektronik yang dihasilkan oleh manusia untuk membantu mempercepatkan kerja-kerja berkaitan maklumat.

Ia boleh dianggap seperti satu kalkulator bersaiz besar yang akan melakukan `kerja-kerja pengiraan’ data seperti memproses, menyimpan atau memanipulasikan data-data mengikut arahan. Tugas utama komputer ialah menyelesai sesuatu masalah yang logik kepadanya.

Sebelum kita mempelajari mengenai komputer, lebih baik kita mendalami sedikit sejarah penciptaan mesin tersebut.

Penciptaan kepada asas komputer telah dimulakan oleh Charles Barbage dari United Kingdom yang diberi gelaran Bapa komputer melalui ciptaan teknik pengiraan kad tebuk.

Bermula dari penciptaan Barbage pada 1820an itu, evolusi pembangunan komputer terus berkembang sehingga kepada penciptaan komputer peribadi (PC) yang digunakan oleh kita sekarang.

Komputer peribadi diperkenalkan oleh IBM melalui mesin yang dikenali sebagai IBM PC yang telah menjadi standard kepada pembangunan komputer peribadi masa kini.

IBM PC yang pertama menggunakan cip pemproses Intel 8088 dengan sistem operasi DOS yang dibangunkan oleh Microsoft.

Secara ringkasnya operasi komputer terbahagi kepada dua fungsi utama iaitu input (kemasukan data) dan output (hasil daripada pemprosesan input data).

Cara input yang paling biasa ialah dengan menaip pada papan kunci komputer atau menggunakan tetikus.
Pemprosesan merupakan tugas utama bagi sesebuah komputer, meliputi pengawalan semua operasi komputer, pengiraan, perbandingan logik dan kekerapan merujuk untuk mencapai maksud arahan melalui Unit Pemprosesan Sepusat (CPU).

Komputer juga mempunyai ingatan supaya boleh mengingati kembali segala tugas yang telah dilakukan. Alat untuk menyimpan ingatan dipanggil storan.

Secara asasnya komputer terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).
Perkakasan: merupakan peralatan fizikal yang terdapat dalam komputer bagi melaksanakan fungsi yang diarahkan. Contoh perkakasan seperti papan kekunci, monitor, tetikus, pencetak, cakera keras, cip pemproses dan sebagainya.

Perisian pula merupakan program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna berhubung dengan komputer.

Sesebuah komputer memerlukan perisian sistem operasi (seperti MS-DOS, Windows, UNIX dan Linux) yang mengawal kesemua operasi system komputer seperti penjadualan, kemasukan tugas, juga mengawal peranti input dan output.

Selain sistem operasi, sesebuah komputer juga memerlukan perisian aplikasi iaitu program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja khusus.Contoh perisian aplikasi adalah seperti Microsoft Office(Word, Powerpoint dll), Adobe Photoshop, Lotus 123 dan sebagainya

Sumber Dari :- estidotmy.

0 comments:

Post a Comment

Jom Baca Entri lain...

div style='height: 150px; overflow: auto; width: 220px; border-radius:20px;'>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...